Budaya Melayu

Monday, July 5, 2010

LONTONG (post 3)

Di dalam dunia,terdapat pelbagai jenis makanan.Tujuan saya hari ini adalah untuk memberitahu anda tentang sejenis makanan budaya melayu iaitu Lontong.

Lontong adalah sejenis makanan yang istimewa dari Malaysia dan Indonesia yang diperbuat dari pada beras yang dikukus dan dibungkus dengan daun pisang.Makanan ini serinkali dihidangkan dengan sate,rojak atau gulai kambing.Lontong ini adalah seperti ketupat tetapi dengan cara yang lagi mudah untuk membuatnya,ia dikenali sebagai lontong.Lontong berwarna hijau di luar dan putih di dalam kerana ia di bungkus dengan daun pisang.

Lontong menjadi pengganti nasi di daerah Indonesia dan Malaysia.Walaupun ia serupa dengan nasi,lontong mempunyai keharuman yang sangat istimewa.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home