Budaya Melayu

Saturday, June 26, 2010

KUDA KEPANG (post 2)


Dalam budaya melayu,terdapat banyak jenis tarian seperti tarian 'Kuda Kepang'.Saya akan memberitahu anda semua tentang tarian Kuda Kepang tersebut.Kuda kepang ini berasal dari Jawa,Indonesia.Ia adalah sejenis tarian pahlawan berkuda.Tarian ini diadakan pada majlis perkahwinan atau majlis keramaian.Terdapat sebanyak 25 orang di dalam permainan Kuda Kepang.9 daripada mereka adalah penari Kuda Kepang tersebut,5 orang menjadi pemain muzik,2 orang dikenali sebagai 'bomoh'untuk memulihkan penari-penari dan yang akhir sekali baki orang yang tinggal menjadi pengawal tempat tersebut.

Jika ada pemain,mesti adanya alat-alat.Pemain muzik menggunakan 5 buah angklung,sebuah gendang,gong,paling sedikit 9 kuda,pecut dan seutas tali yang sepanjang 30 meter.Dengan adanya alat-alat muzik ini,kuda-kuda itu menari.Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberi kuasa kepada kuda.Seorang 'Danyang' akan melecutkan pecut untk tentukan rentak tarian.Mereka mungkin boleh menjadi luar biasa jikalau muzik menjadi lebih rancak.Mereka menjadi mabuk dan akan melakukan kerja-kerja yang luar biasa.Tok Bomoh itu akan memulihkan semula penari-penari dan keadaan akan menjadi seperti biasa.

Wednesday, June 16, 2010

RINGKASAN TENTANG BUDAYA MELAYU (post 1)

Di dalam masyarakat melayu,terdapat permainan tradisional,pakaian tradisional dan juga makanan tradisional orang melayu.Gasing,wau bulan,dan juga ting-ting ialah permainan masyarakkat orang melayu.Baju kurung cekak musang,bajukurung telok belangah dan batik ialah pakaian yang sering digunakan pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.Makanan seperti lontong,nasi lemak dan mi rebus boleh didapatkan di kedai-kedai orang melayu.Inilah ringkasan saya tentang budaya melayu.